CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 29, 2010

H-E-L-L-O

Alighting off the train,
Stepping on the platform,
With bated breath I looked up,
To the signboard that confirmed…
My being in this place.

Flying kisses I sent,
To the very air that blows,
To let others know,
That I am back again…

Traipsing down the streets,
That I never thought I would walk on again,
Climbing up the hill,
That once had led me home,
Bringing so much memory,
A pang of sweet angst,
Clawed in my heart.

Tears prickled at the back of my eyes,
As the bus passed by Pierrepoint Street,
Turning about the corner,
Watching those old, Victorian buildings,
Standing still so majestically,
Though aeons have passed.

Parade Garden too,
As lovely as I could remember,
Reminiscing the time I spent there,
Basking in the summer shine,
With book in hand,
And joy in heart.

Then its ascend at Bathwick Hill,
That leads to the University,
The familiar earache I felt,
That only the treacherous route could caused,
Brings fresh tears,
That I was trying so hard to hold…

Finally I arrived,
Lo and behold,
I am back again…
To the start of where,
All the memoirs are created.

The air undoubtedly is colder,
Its iciness seeped through my skin,
But I mind that not in the least,
For it is the distinct quality of the place.

I wandered around the Uni,
As far as my feet would allow me,
Each step reminded me,
Of the past events that it held.

I wanted to scream my heart out,
To let others know how I feel,
But with dignity I hold back,
And my heart full of praises,
To the Lord that made this feasible.

The bustles in the Parade,
The quacking sound of the ducks,
The calmness of the lake,
The shine bouncing off the Library glass…
Another familiar sight,
Another pang of memories.

Hello again, then I said,
To this place that too,
Has earned a special place in my heart,
Then, now… and for time to come.

Alhamdulillah

Tuesday, September 28, 2010

Farewell

The crowd is overwhelming,
The emotions are too much,
Sadness I could feel,
Deep inside me.

I could feel they're being pulled,
From their firmly-rooted place,
Slowly but definitely,
Inch by inch,
Creeping on… to let,
The emotions get illuminated,
For tears to flood my face.

But strong I have to be,
At trying times like this,
Strength to go on,
So they won’t see me weakening,
Else it’ll be hard,
For them and for me.

Thus this façade I put on,
A masquerade of delight,
And a smile I plastered,
Goodbyes are said,
Respects to elders are given,
With leaden heart I left,
The pool of smiling faces.

Adieu I whispered,
Silently so they won’t hear,
To this place that I …
Called home.

Thursday, September 23, 2010

In contrast to the normal warning, you definitely can try this at home!

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

I caught a glimpse of the sky today. It was blue. A real nice shade of blue. In contrast to that, pure whiteness of the clouds too I can see. And only by looking at that, I feel amazed. I am still amazed! I remembered quickly that all those are in favours of Allah, for ‘tis Him who made it so. Masya Allah : )

I lowered my gaze. Beholding my sight is the greenness of lush tree tops. Is it not a wonder to us that, though the sun shining so brightly that its intensity could burn, but the leaves and the grass, despite the dazzling shine, still maintain their life even though its water content could evaporate, leaving them dry and lifeless? Such were the intricate yet absolute arrangement that has been drawn by our Lord… in order that we may live in this world comfortably.

Having said that, I wanted to share this piece of commentary that I stumbled upon. It’s interesting that he/she wrote it in response to the saying:

"A picture speaks a thousand words…”



Ada pepatah mengatakan: “Satu gambar itu dapat mengkompilasikan seribu kata-kata…” Benarkah itu? Aku mengambil maksud pepatah itu sebagai cabaran; jika ia benar… seribu kata itu tidak akan datang dengan begitu mudah. Lalu aku mengambil keputusan untuk mencoba melakarkan suatu gambaran yang sangat klise dengan mengunakan bahasa demi menyahut kebenaran pepatah itu. Izinkan aku mengorak kata-kata terhadap pandangan ku ke atas gambar ini. Sekeping gambar yang menunjukkan waktu senja di tepi pantai.

Aku melihat persisiran pantai yang bermandikan warna langit. Indahnya pemandangan yang mencuri penglihatan ku. Dapat aku bayangkan… bunyi angin yang menderu, menyebabkan ketenangan laut berkocak, lalu ombak tercipta. Lantaran itu, air laut terdorong hingga ke persisiran pantai, membasahi pasir-pasir yang kering sebelum kembali semula ke dasar laut. Itulah rutin pasang surutnya air di tepi pantai. Kerana olesan air dipermukaan pasir yang tersusun rapi disebelah laut, menyebabkan refleksi warna langit terjadi… mencipta suatu visual yang memukau.

Aku melihat warna kuning, jingga, ungu... warna awan saling bertukar ganti dengan setiap kadar yang bergerak dengan aksi turunnya bebola jingga yang seawalnya terang menghias siang. Bebola matahari. Turunnya di waktu senja, menurut titah Tuhannya, bagi memberi ruang kepada malam untuk melabuhkan tirainya, agar bulan bisa menyinar, agar bintang bisa memagari bentangan langit yang luas. Namun warna langit tetap dengan birunya yang mendamaikan. Sebentar cuma sebelum bertukar menjadi pekatnya hitam… menandakan tibanya malam. Waktu yang diperintahkan untuk datang setiap hari bagi memberi kesempatan kepada manusia untuk melempiaskan lelah, bagi merehatkan otot-otot yang bekerja keras disiang hari. Ah, alangkah indahnya percaturan alam yang dimainkan oleh Sang Pencipta.

Lantas aku teringat kepada sepotong dzikir harian, yang mengulas tentang pertukarannya siang kepada malam. Ianya suatu aksi menunjukkan kekuasaan Sang Khaliq, bagi mengingati umat manusia yang kian lalai dibuai dunia:

“Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam kedalam siang dan Engkau masukkan siang kedalam malam.” (Ali Imran)

Indahnya kata-kata Allah... tiada yang bisa mengalahkannya. Walau dengan sepotong ayat sekalipun, aku terpegun namun tiada kata dapat ku lakarkan bagi mendefininasikan perasaan ku. Rasa itu lahir dari batin, tidak terungkapkan secara zahirnya. Mungkin kerana itu lah juga pepatah itu wujud.

Aku pikir aku bisa menulis seribu patah perkataan. Namun, kerana wujudnya batasan bahasa yang sedikit cuma aku ketahui bagi mengambarkannya... aku gagal. Lalu aku akur bahawa sememangnya... “Satu gambar itu lebih banyak berkata…” Andaian ku salah dan pepatah itu benar.

A. Mohamad - (Jumlah kata: 383)

_____

So, can you write a thousand words worth trying to describe a picture? It isn’t easy I tell you (because I’ve tried and failed too! :S But it’s worth the effort) and I think so should you :D

Thursday, September 16, 2010

This festive season...

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...

This greeting is a little late but nevertheless, I - on the behalf of the ex-six-thornbankers - would like to wish you a very happy lebaran! So:


Selamat Hari Raya
Salam Idul Fitri
Eid Mubarak
Taqabballahu Minna wa Minkum

Mohon maaf atas segala silap langkah dan kata yang pernah kami lakukan sepanjang persahabatan kami, sama ada disenghajakan mahupun tidak disenghajakan C:

p.s: Was about to put in a picture of us celebrating raya in 6 Thornbanks but due to some unforeseen circumstances, I could not post it in :|






Jaga Hati, Jaga Imaan,
Jaga Diri, Jaga Perbatasan

Thursday, September 2, 2010

Nukilanku tentang cinta...

Assalamu’alaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Coretan hari ini saya mulakan dengan kalimah Basmalah, "Bismillahhir Rahmaannir Rahmeen" agar kesempurnaan yang terupaya dapat dikecapi.

Para pembaca sekalian, mungkin anda semua berasa hairan mengapakah saya mengunakan Bahasa Melayu baku bagi coretan ini. Akan tetapi, tidakkah anda sekalian berasa hairan akan mengapakah kita sering menggunakan Bahasa Inggeris padahal ianya bukanlah bahasa rasmi kita. Mengapakah kita berasa kekok sekiranya nukilan hati mahupun coretan seharian kita diceritakan menggunakan bahasa ini? Mungkinkah kerana Bahasa Inggeris itu terlalu mudah bagi kita, atau pun kita sudah terbiasa dengan Bahasa Melayu Brunei kita sehinggakan kita tidak memikir akan adanya keperluan berbahasa begini?

Lantas saya ingin mencuba bagi coretan hari ini walaupun saya akui ianya agak sukar untuk dilaksanakan. Sudah acap kali punat ‘backspace’ ditekan bagi menghapuskan ayat-ayat yang secara tidak langsung tertulis didalam Bahasa Inggeris. Namun usaha ini saya teruskan juga, kerana saya yakin bahawasanya saya akan dapat membuahkan sebuah karya didalam Bahasa Melayu. Tidakkah kita sewajarnya berasa malu sekiranya sebagai anak melayu kita tidak dapat menulis didalam bahasa melayu yang tertib? Iaitu bukanlah bahasa melayu yang songsang mahupun dengan menggunakan bahasa kasar sekalipun.

Tetapi itu bukanlah topik utama bagi coretan hari ini. Ingin saya perdebatkan tentang cinta pada kali ini. Definisi cinta... apakah itu?

Ianya berbeza bagi tiap manusia. Namun yang pasti, ianya dipersetujui bahawa cinta adalah suatu emosi yang membuahkan rasa afeksi ataupun kasih diantara sesama makhluk mahupun kebendaan. Bagi saya pula, cinta adalah suatu perasaan yang tidak mungkin dapat digambarkan secara menyeluruh melalui kata-kata, waima oleh sang pujangga melalui bait-bait puitis yang indah. Mengetahui cinta adalah merasai cinta. Lalu, adakah anda pernah bercinta?

Boleh juga suatu afeksi yang berlebihan boleh disalah ertikan sebagai cinta. Walhal mungkin saja ianya adalah perasaan simpati atau kasih mahupun empati. Manusia itu dilalaikan lalu dibisikkan bahawasanya yang dirasainya itu adalah cinta. Lalu seseorang akan mengaku dirinya sedang dilamun cinta. Alangkah bodohnya manusia, terperangkap dengan hasutan halus itu!

Mungkin perihal cinta sudah tidak begitu dipersoalkan lagi. Mungkin kerana ianya ada dimerata untuk dilihat lantas manusia tidak memikirkannya dengan lebih mendalam. Jika cinta yang disanjung manusia melalui bisikan itu agung, maka mengapakah masih ada perpisahan? Mengapakah masih ada perkelahian antara sesama manusia kerananya? Mengapakah harus ada hati yang terluka, perasaan yang terhuris dan jiwa yang tersiksa sehinggakan seseorang itu boleh melalukan perkara ekstrim yang amat dibenci oleh Allah? Mungkinkah cinta itu adalah sebuah mainan perasaan? Lalu, wajarkah ia merupakan cinta yang sebenar?

Cinta sebenar. Saya bukanlah seorang penulis yang bijak menyusun kata-kata lantas dapat melakar perasan itu. Seperti yang saya katakan, ianya tidak dapat didefinasikan secara menyeluruh walaupun saya pernah merasainya. Ya, saya pernah merasainya... Seketika itu. Anda mungkin bertanya, apakah yang terjadi dengannya sekarang? Ianya masih ada, namun didalam kesamaran yang sedikit menutup. Akan tetapi saya sedang berusaha menyingkap langsir yang menutup itu agar sinarnya tetap bersemarak hingga menusuk hingga ke kalbu yang dalam.

Cinta sebenar adalah cinta yang tiada penghujungnya. Ianya kekal abadi; hakiki. Tidak pernah akan luntur walau maut memisahkan. Ianya akan membuatkan seseorang itu sentiasa berada didalam ketenangan, merasa selamat walau didalam keadaan yang sukar sekalipun. Tiada hati yang terluka, tiada duka yang tercipta. Rintihan perit tiada kedengaran, tangisan lara tidak terluahkan. Ujian yang datang adalah tanda kasih sayang. Kerana keyakinan terhadap cinta hakiki itu sangat utuh sehinggakan keraguan tidak bisa menembusi. Sehingga duka adalah suka, sehingga musibah adalah hadiah. Sehingga tangisan yang wujud hanyalah kerana perasaan syukur yang tidak terhingga kerana berjaya memilikinya, walau hanya sekelumit perasaan yang terdetik. Cinta hakiki itu ialah cinta kepada Sang Khaliq. Cinta yang tiada kondisi, cinta yang bukan berunsur materialistik.

Pepatah Inggris ada mengatakan: “When poverty knocks at the door, love flies out of a window.” Atau didalam Bahasa Melayunya: “Apabila kesusahan atau kemiskinan mengetuk pintu, cinta lari melalui tingkap.”

Cinta mainan. Berkali sudah terdengar atau terbaca cerita tentang kemiskinan yang melanda seseorang itu dapat menlenyapkan perasaan cinta yang ada. Menjadikan suka itu duka, menjadikan cinta itu benci. Lalu ketidakstabilan keadaan memaksa terjadinya perpisahan. Betulkah ia paksa? Ataupun perpisahan itu adalah suatu yang direlakan dalam situasi ini? Lantas apa terjadi dengan cinta itu?

Cinta hakiki. Kemiskinan yang melanda bukan pula dianggap keperitan. Ungkapan ‘Alhamdulillah’ pula sering terucapkan. Seseorang itu akan merasa lebih dekat kepada Sang Khaliq. Mungkinkah kerana seseorang itu tiada tempat lain untuk mengadu? Mungkin… namun yang pasti, dia akan sentiasa berada didalam ayunan asmara yang sebenar. Zikrullahnya itu lebih baik dari ketidakpuasan hati. Cintanya pula semakin mendalam.

Antara cinta mainan dan hakiki. Antara pepatah Inggeris, cinta yang lari dan cinta yang semakin mendalam. Mampukah anda memikirkan yang mana lebih baik untuk mu?

Walau luntasan pendapat yang tidak seberapa ini dikatakan dengan bait-bait yang tidak begitu sempurna, namun saya harap akan dapat membuka minda dan hati para pembaca. Mungkin diri ini merasa kekok dengan Bahasa Melayu lantas karya ini tidak begitu memberangsangkan. Segala kebaikkan datangnya dari Allah, segala kekurangan itu berasal dari diri ini juga.